Archive for January, 2006

Abu Hurairah menagis….

Thursday, January 5th, 2006

aku forward dari emel aku dapat dari AMAL..semoga dapat amik iktibar…

Bismillahirrahmanirrahim..

Shufayyan Ash Ashbahiy bercerita kepada ‘Uqbah ibn Muslim bahawa semasa memasuki Madinah, dia melihat orang sedang mengerumuni Abu Hurairah. Syufayyan pun menghampiri, lalu dia duduk di hadapan Abu Hurairah yang sedang menyampaikan hadis kepada jemaah itu. Ketika Abu Hurairah berdiam diri, seketika, Syufayyan memintanya agar dia menyampaikan hadis yang benar-benar difahami untuk dihayati.

Abu Huraidah pun bersetuju seraya berkata, “Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan Rasulullah SAW kepadaku”.Selepas berkata begitu, tiba-tiba Abu Hurairah menangis tersedu-sedu hingga hampir pengsan. Kemudian dia diam sebentar dan setelah kembali tersedar dia berkata: “Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan Rasulullah SAW kepadaku di rumah ini, tidak ada orang lain selain aku dan baginda.”

Tiba-tiba Abu Hurairah menangis kembali tersedu-sedu hingga hampir pengsan. Peristiwa ini terjadi sehingga hampir 4 kali. Ketika Abu Hurairah kembali sedar akhirnya dia menceritakn bahawa pada hari kiamat nanti, Allah SWT akan turun kepada hambaNya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut.

Golongan terawal yang dipanggil adalah orang alim, orang yang berperang di jalan Allah SWT, dan orang kaya. Allah SWT bertanya kepada orang alim itu, “Bukankah Aku telah mengajarkan kepadamu kitab yg telah aku turunkan kepada RasulKu?” Orang itu menjawab, “Benar, wahai Tuhan.” Allah SWT kembali bertanya, “Apa yg telah engkau kerjakan dengan ilmu yg kau miliki?” Orang tersebut menjawab, “Dgnnya aku beribadah kepadaMu di malam hari dan siang hari.” Maka Allah SWT berfirman kepadanya, “Engkau dusta.” Malaikat juga berkata kepadanya, “Engkau dusta.” Allah SWT berfirman, “Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim.”

Kemudian dipanggilah orang kaya. Allah SWT berfirman, “Engkau telah Aku beri rezeki sehingga berkeadaan cukup. Orang itu menjawab, “Benar wahai Tuhan.” Allah SWT kemudian bertanya, “Apa yg telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?” Dia menjawab, “Dengannya aku bersilaturrahim dan juga bersedekah.” Maka Allah SWT berfirman kepadanya, “Engkau dusta.” Malaikat juga berkata kepadanya, “Engkau dusta.” Allah SWT berfirman, “Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang dermawan.”

Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan Allah SWT. Maka Allah SWT berfirman, “Apa yg menyebabkanmu terbunuh?” Dia menjawab, “Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-Mu, maka aku berperang sehingga terbunuh.” Maka Allah SWT berfirman kepadanya, “Engkau dusta.” Malaikat juga berkata kepadanya, “Engkau dusta.” Allah SWT berfirman, “Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang pemberani.”

Kemudian Rasulullah SAW menepuk lututku sambil bersabda, “Wahai Abu Hurairah, ketiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.” (Riwayat Tarmidzi).

Taraf hadis ini tidak dinyatakan, penulis pun tak pasti. Sekadar menjadikan peringatan bersama. Kalo sesape tau, habaq mai.

Emm…kesimpulan daripada hadis ini, amalan apa sahaja yg ingin kita buat, niatkanlah kerana Allah SWT, bukan kerana mahukan pujian dan sanjungan manusia. Kelalaian dalam ketelitian terhadap niat kita, bisa menjuruskan kita kepada keriya’an dan ketakbura, Na’udzubillahi min zalik. Semoga kita mampu menghayati juga, kenapa Abu Hurairah menangis sehingga hampir pengsan dan bersama kita muhasabah diri kita sedalam-dalamnya.

La ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minazzholimi…

ISLAM dan TIDUR

Thursday, January 5th, 2006

ISLAM DAN TIDUR

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda:

“Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.”

Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti. Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran
(insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun.

(Dr. Stanley Coren; ‘Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,’ Psychiatric Times, March 1998)

Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun. (Dr. Stanley Coren; Ibid) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis.

(Rujukan: Tinker Ready (2000); ‘Naps: The Art of Snoozing’)

Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan ‘Lancet’ pada pada bulan Oktober, 1999.

(Rujukan: Lancet: ‘Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)

Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah

Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerihatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda’ yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata:

“Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya.” Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: “Benarlah Salman.” (Bukhari)

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan:

“Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur.”

(Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang. Tidur secara yang mansabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri.

Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: “Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.”

Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor.”

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji